Monday, 7 March 2011

MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN 26

Pengenalan Muzakarah Haji          


“Bertanyalah kepada ahlinya jika anda tidak mengetahui” 


Muzakarah haji merupakan salah satu medan perbincangan ilmiah dan terbuka yang baik untuk menyelaras hukum hakam mengenai ibadat haji dan umrah dikalangan Pembimbing Ibadat Haji Malaysia.


Forum ini memberi manfaat kepada Pembimbing Ibadat Haji dan jemaah haji Malaysia amnya dalam usaha melaksanakan rukun Islam yang ke lima. Melalui muzakarah ini pelbagai pandangan dipetik dan diketengahkan bagi penyelarasan dan penetapan hukum hakam ibadat haji dan umrah berdasarkan maslahah ammah yang mua’asoroh.

Pada musim haji 1431H sebanyak enam (6) lagi kertas kerja yang akan dibentang sebagai sajian ilmu kepada Pembimbing Ibadat Haji. Peserta juga akan dapat berkongsi pengalaman dengan perwakilan negara luar seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand dalam sesi pembentangan kertas kerja negara serantau.      

Mutiara ilmu yang amat bermanfaat ini semakin di gali cari semakin mendalam dan luas ilmunya dan hikmah yang tersirat dan tersurat, itulah diibarat ilmu Allah yang maha luas, justeru saban tahun pelbagai isu baru dan yang perlu dibincangkan semula, ini menepati roh perkembangan syariah yang selari dan berkembang dari semasa ke semasa dan konsep fiqh mua’asoroh. Sesungguhnya berkembang ilmu itu dengan bermuzakarah.          

Alhamdulillah, dalam usia yang menjangkau 26 tahun, melalui muzakarah ini sebanyak 142 kertas kerja ilmiah telah diperbincang dan dikumpulkan sebagai panduan jemaah haji Malaysia. Manfaat lautan ilmu yang maha luas ini ternyata amat memberi faedah kepada jemaah haji Malaysia semasa menjalankan ibadat haji. Saban tahun jemaah haji Malaysia sering kali dijadikan contoh jemaah haji cemerlang dikalangan jutaan umat manusia yang mengerjakan ibadat haji. Ketertiban, kefahaman dan ketelitian dalam beribadat merujuk imej utama jemaah haji Malaysia. Keberhasilan dalam bimbingan dan muzakarah ini telah berjaya meletakan jemaah haji Malaysia sebagai contoh utama oleh pihak Kerajaan Arab Saudi.          


Objektif            


*      Menyeragam dan menyelaras penyampaian hukum hakam
 berkaitan ibadat haji dan umrah

*      Meningkatkan keberkesanan bimbingan ibadat haji dan umrah
kepada jemaah haji



Maklumat Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 26             

Tempat dan Tarikh

Muzakarah akan diadakan di Kelantan Trade Centre Kota Bharu Kelantan dan akan berlansung selama tiga (3) hari bermula dari 5 Mac 2010 -7 Mac 2010.


Moto dan warna tema

Tema muzakarah pada kali ini ialah ”         
خُذُوا عَنِّي مَنَاسِكَكُمْ.

Bermaksud : ”Ambillah daripadaku ibadat haji kamu”        
                                                                 Riwayat Muslim

Huraian Moto:

Ibadat Haji secara khususnya terbukti dengan Sabda Rasulullah SAW supaya umat Islam mengambil daripadanya secara lansung. Hadith riwayat Jabir mengesahkan nostalgia Rehlah Rohaniah Rasulullah SAW dalam menyahut seruan Ilahi untuk haji.

Ia merupakan satu demonstrasi kehidupan yang diterjemahkan dalam bentuk insani. Gaya, cara, peristiwa di catatkan dalam kehidupan Baginda. Peristiwa haji ini juga dikenali sebagai Hajjatul Wada’ ini sudah pasti mengandungi pelbagai jenis keunikan, keistimewaan kerohanian dan istiqamah serta hikmah dalam mentahqiqkan ubudiyyah kepada Allah.
     
Dalam konteks ibadat haji, jelas kepada kita sesungguhnya ikutan dan penghayatan yang mendalam peribadatan Baginda Rasulullah SAW dan para Sahabat ketika menyempurnakan Rukun Haji dan Wajib Haji akan memberi kesan yang mendalam ke arah mencapai haji mabrur dikalangan Dhuyuful al Rahman sekalian.


Warna tema:
Warna tema rasmi ialah white gold lumines.



Majlis Perasmian dan Penutup            
 
Muzakarah kali ini akan dirasmikan oleh Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Penutup pula akan disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Salleh bin Abd Mubin Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji.       





Perangkaan Peserta


Pembimbing  Ibadat Haji Negeri
Anggota TH
Pembimbing Ibadat Haji  (Pengelola Jemaah Haji)
Lain-lain (termasuk THTS dan peserta luar negara)


Lelaki -220

Pengarah Negeri -14


75

19
Wanita - 78
Pengurus/Penyelia Pentadbiran dan Haji -14


298
28
75
19

                       
Jumlah Keseluruhan Peserta – 420 orang peserta   


Tajuk Kertas Kerja Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-26            

Kertas kerja di bentang oleh :

- Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)

  • Kertas Kerja 1-  Pemerkasaan Hidup Kerohanian Dalam Masa Melaksanakan Ibadat Haji     
Pembentang –  YBhg. Dr. Sheikh Muhammad Uthman al-Muhammady   

  • Kertas Kerja 2-  Wakalah Haji dan Umrah, Qurban Serta Permasalahannya    
Pembentang – YBhg. Dato’ Haji Fadzil bin Awang

  • Kertas Kerja 3- Baik Buruk Petugas Haji Yang Tidak Melaksanakan Ibadat Haji Semasa Bertugas di Tanah Suci    
            Pembentang- YBhg. Dato’ Haji Hassan bin Ahmad 

  • Kertas Kerja 4- Larangan Ihram : Kefahaman Maksud Pemakaian Selipar (Kasut) Yang Menampakkan Semua Jari Kaki atau Tidak
Pembentang- YBhg. Dr. Zulkifli bin Muhamad al Bakri

  • Kertas Kerja 5- Etika Haji: Permasalahan Pilihan Musim Haji 1430H 
Pembentang-  YBhg. Prof. Madya Datin Dr Zalikhah binti Mad Nor

- Pakar Perubatan Jabatan Obstettriks & Ginekologi, Hospital Tuanku Ampuan   Najihah Kuala Pilah Negeri Sembilan  

  • Kertas Kerja 6- Haid dan Permasalahan Jemaah Haji Wanita Dari Perspektif Perubatan
            Pembentang-  Dr Mohamad Faez bin Mohamed Jamli
                                      

Kertas Kerja sisipan :

  • 1- Talbiah : Hikmah, Rahsia dan Permasalahan Hukum
  • 2- Pengertian Istita’ah Dalam Kewajipan Haji : Syarat dan Jenis
  • 3- Bayan Lil Haj Musim Haji 1430H


Abstrak Kertas Kerja


·         Kertas Kerja 1 bertajuk Pemerkasaan Hidup Kerohanian Dalam Masa Melaksanakan Ibadat Haji  akan dibentangkan oleh Y.Bhg. Dr. Syeikh Muhammad Uthman El- Muhammady menceritakan tentang  tatacara dan kesedaran keupayaan mengerti dan meningkatkan kerohanian berdasarkan formulasi praktikaliti dan kesinambungan ibadat haji dalam kehidupan.

  • Kertas Kerja 2 bertajuk Wakalah Haji dan Umrah, Qurban Serta Permasalahannya  akan dibentangkan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Fadzil bin Awang.  Kertas kerja ini membincangkan kesahihan dan status hukum hakam dalam konteks mewakilkan pelaksanaan ibadat yang  merangkumi ibadat haji dan qurban. Realiti ini sering berlaku di kalangan jemaah haji semasa Tanah Suci.

  • Kertas Kerja 3 bertajuk  Baik Buruk Petugas Haji Yang Tidak Melaksanakan Ibadat Haji Semasa Bertugas di Tanah Suci  akan dibentangkan oleh  Y. Bhg. Dato’ Haji Hassan bin Ahmad.  Kertas kerja ini pula membincangkan baik buruk (pro dan kontra) kedudukan seorang petugas haji jika tidak melaksanakan haji semasa bertugas. Kertas juga menyentuh dari aspek sirah petugas haji di zaman Rasul dan sahabat.     

  • Manakala Kertas Kerja 4 bertajuk Larangan Ihram : Kefahaman Maksud Pemakaian Selipar (Kasut) Yang Menampakkan Semua Jari Kaki dan Tidak, dibentangkan oleh Y. Bhg. Dr. Zulkifli bin Muhamad al Bakri. Kertas kerja ini membincangkan tentang kefahaman menampakan jari kaki dalam konteks larangan ihram bagi jemaah haji lelaki menutup jari-jari dan buku lali. 



  • Manakala Kertas Kerja 5 bertajuk Permasalahan Pilihan Jemaah Haji Musim Haji 1430H’, dibentangkan oleh Y. Bhg. Prof. Madya Datin Dr. Zalikhah binti Md Nor.  Kertas kerja ini membincangkan tentang permasalahan berkaitan dengan permasalahan niat, haid, istihadhah, melontar dan seumpamanya.     

  • Akhir sekali ialah Kertas Kerja 6 bertajuk Haid dan Permasalahan Jemaah Haji Wanita Dari Perspektif Perubatan  akan dibentangkan oleh Y. Bhg. Dr Mohamad Faez bin Mohamed Jamli. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang haid, cecair kekuningan dan angin yang keluar melalui rahim wanita. Tinjauan dalam konteks perubatan dan permasalahan ammah serta jalan penyelesaian.    

Pembentangan Kertas Kerja Perwakilan Luar Negara

  • Kertas Kerja : Program Bimbingan Haji Negara Serantau iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand

Pelancaran DVD Ibadat Haji/Umrah dan DVD kenang kenagan Musim Haji 1430H    

Bersempena muzakarah haji kali ke-26 ini, TH melancarkan DVD Ibadat Haji/Umrah  serta DVD Kenang kenangan Musim Haji 1430H. Pelancaran akan disempurnakan oleh Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

DVD ini merupakan adalah medium pembelajaran ibadat haji dan umrah (Kaedah Pelaksanaan Ibadat Haji Tamattu’ Ifrad dan Qiran serta Umrah) yang menarik dan mudah di fahami oleh bakal jemaah haji Malaysia. DVD ini akan mendedahkan kepada kita kaedah dan tatacara pelakasanaan ibadat haji Tamattu’, Ifrad dan Qiran serta Umrah. Ia turut mengetegahkan gambaran suasana terkini di Tanah Suci.

Semoga kelahiran DVD ini akan diharap dapat memberi panduan kepada seluruh bakal jemaah haji Malaysia untuk memahami dengan lebih jelas dan dekat pelaksanaan ibadat haji sebagaimana yang dituntut oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW. Ibadat Haji merupakan kemuncak peribadatan dan kehambaan kepada tuhan. Sudah pasti pelaksanaan dengan cara yang terbaik dan berkualiti adalah  menjadi idaman dan dambaan setiap Dhuyuf al Rahman. InsyaAllah kemunculan DVD ini dapat merealisasikan hasrat ini.      

1 comment:

Gabai said...

Tahniah atas kejayaan bahagian bimbingan menghasilkan blog ini